Jumaat, 29 November 2013










TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014

Tahun 2014 bakal menjadi titik tolak usaha kita untuk menerima kedatangan 36juta pelancong menjelang 2020. Semua pihak bukan sahaja Kementerian Pelancongan Malaysia atau badan-badan pelancongan wajar mengembleng usaha, malahan semua rakyat Malaysia akan berganding bahu merealisasikan misi ini.

Setiap rakyat Malaysia akan memainkan peranan sebagai duta pelancongan negara dengan bersedia menyambut kedatangan pelancong asing ke negara kita.

Berikut adalah saranan peranan rakyat bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014:-
  • Menjaga kebersihan persekitaran
  • Menjaga kemudahan awam yang disediakan
  • Mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia kepada rakan taulan
  • Menggalakkan ‘Cuti-cuti Malaysia’ dalam kalangan keluarga
  • Menyambut kedatangan pelancong asing dengan budaya Timur dan penuh mesra
  • Menggiatkan produksi produk-produk pelancongan
  • Mempertingkatkan mutu perkhidmatan terutamanya yang terlibat dalam sektor pelancongan secara langsung
Malaysia sememangnya begitu indah dan istimewa di mata pelancong luar. Keindahan flora dan fauna adalah aset semulajadi negara kita yang amat dikagumi ramai. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan perpaduan yang kukuh walaupun berbilang bangsa, malahan keunikan multi-budaya ini menjadi kebanggaan kita.

Semua pihak wajar bersatu hati bagi menjayakan agenda Tahun Melawat Malaysia 2014 seterusnya memahat nama negara di peta pelancongan terkemuka dunia.


A FAMOSA MALACCA
LANGKAWI, KEDAH
CAMERON HIGHLAND, PAHANG
LAGO LAND, JOHOR

SABAH


PELANCONGAN MALAYSIA


SELAMAT DATANG KE MALAYSIA

TAHUN MELAWAT MELAYSIA