TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014
Tahun 2014 bakal menjadi titik tolak usaha kita untuk menerima
kedatangan 36juta pelancong menjelang 2020. Semua pihak bukan sahaja
Kementerian Pelancongan Malaysia atau badan-badan pelancongan wajar
mengembleng usaha, malahan semua rakyat Malaysia akan berganding bahu
merealisasikan misi ini.
Setiap rakyat Malaysia akan memainkan peranan sebagai duta pelancongan negara dengan bersedia menyambut kedatangan pelancong asing ke negara kita.
Berikut adalah saranan peranan rakyat bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014:-

- Menjaga kebersihan persekitaran
- Menjaga kemudahan awam yang disediakan
- Mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia kepada rakan taulan
- Menggalakkan ‘Cuti-cuti Malaysia’ dalam kalangan keluarga
- Menyambut kedatangan pelancong asing dengan budaya Timur dan penuh mesra
- Menggiatkan produksi produk-produk pelancongan
- Mempertingkatkan mutu perkhidmatan terutamanya yang terlibat dalam sektor pelancongan secara langsung
Semua pihak wajar bersatu hati bagi menjayakan agenda Tahun Melawat Malaysia 2014 seterusnya memahat nama negara di peta pelancongan terkemuka dunia.
A FAMOSA MALACCA |
LANGKAWI, KEDAH |
LAGO LAND, JOHOR |
SABAH |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan